KAMI GENG SUKA IKAN KELI

YING YANG KELI



Yin-Yang digambarkan sebagai sebuah filosofi hidup yang menunjukkan bagaimana segala sesuatu terjadi. Lingkaran luar dalam simbol Yin-Yang menunjukkan “everything”, maksudnya keseluruhan yang ada di dunia. Kemudian Yin (Black) dan Yang (White) keduanya merupakan simbol segala sesuatu yang tak terpisahkan. Memang tidak akan pernah terjadi hitam dan putih secara bersamaan. Namun ada saatnya terjadi hitam dan ada saatnya terjadi putih. Sebuah prinsip keseimbangan yang saling mengisi dan melengkapi.
  • Yin (Black) memiliki erti gelap, pasif, kesedihan, sejuk, terpencil and lemah (boleh disamakan sebagai segala unsur negatif di alam).
  • Yang (White) memiliki erti cerah, aktif, peningkatan, panas dan kuat (boleh disamakan sebagai segala unsur positif di alam).
Kedua hal ini saling mengisi. Di saat kita kekurangan unsur positif, unsur negatif dari Yin akan mengisi kekosongan. Begitu pula sebaliknya. Sebab segala sesuatu yang terlalu berlebihan tidak baik. Jadi harus diseimbangkan.

Seringkali bahkan hampir setiap kali saat kita merasakan kemenangan kita menjerit kegirangan namun kita lupa untuk bersyukur. Namun di kala kita mengalami kesulitan atau kegagalan, kita menangis semahu-mahunya dan dengan lantang menyalahkan TUHAN secara langsung atau tidak.

Padahal, TUHAN memberi kita kejayaan dan kegagalan, semua ada maksud dan tujuannya. Semuanya untuk keseimbangan. Kalau kita hanya pernah mengalami kejayaan tanpa pernah mengalami kegagalan, kita tidak akan pernah tahu indahnya saat kita bangkit dari kepayahan.

Sebaliknya, kalau kita hanya pernah mengalami kegagalan tanpa pernah mengalami kejayaan, kita tidak akan pernah tahu sampai batas mana kemampuan diri kita. Kerana kita hanya merasa, apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil.

Prinsip keseimbangan ini berlaku di sini. Yang penting bukan bagaimana hidup kita, namun cara kita memandang hidup ini yang lebih penting. Dengan kita memandang hidup ini dari berbagai aspek yang ada, maka kita akan boleh menikmati hidup dan mengambil pelajaran dari setiap peristiwa yang terjadi dalam hidup kita.

SENI MENGAIT KELI



APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARI SENI MENGAIT?

  • Setiap batang jarum yang digunakan untuk mengait mempunyai nombor dan saiz tersendiri. Semakin kecil nombor tersebut bermakna semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan.Semakin kita memperincikan sesuatu perkara semakin jelas gambaran yang kita dapat tentang sesuatu perkara atau keadaan.Begitu juga semakin banyak sampel yang diambil dalam satu kajian atau pemerhatian semakin kita mendekati keputusan situasi yang sebenar.
  • Malah, kebanyakan pakar sejarah percaya seni mengait dimulakan oleh kaum lelaki. Persepsi ini mungkin berpunca daripada kaedah jala ikan yang dihasilkan.Dalam penghasilan seni, gender bukanlah satu penghalang dalam meluahkan kreativiti dan ekspresi diri.Waima dalam bidang apa pun lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
  • Ada juga yang menganggap aktiviti ini tidak sesuai untuk orang Malaysia kerana cuaca kita panas.Hakikatnya produk yang dihasilkan melalui seni mengait tidak memerangkap haba.Memberi alasan bukanlah ciri-ciri orang yang berjaya.Persepsi dan fakta dua perkara yang berbeza di mana ada keadaan kita perlu tahu di mana harus mengutamakan antara persepsi ataupun fakta.Keduanya mempunyai kekuatan sekiranya kita bijak memanipulasi.
  • Bagi menghasilkan produk mengait,seseorang perlu menghabiskan masa yang berjam-jam lamanya.Setiap yang kita lakukan perlulah disertakan dengan komitmen yang tinggi. Sekiranya tidak ia menjadi sekadar impian dan kerugian kerana usaha setengah jalan.Adalah yang membezakan kita dengan orang yang berjaya itu adalah sifat kesabaran dan semangat yang kuat secara konsisten untuk menggapai impian.

KELI OH KELI DAPAT AWARD



Terima kasih pada Cik Betty La Fea yang sudi beri penghargaan ini kepada blog saya.Seperti kata beliau pemberiaan ini adalah sebagai kita menghargai rakan-rakan blogger dan merapat serta memeriahkan lagi hubungan antara sesama kita.Harap rakan-rakan kunjungi blog Cik Betty sebab setiap entry penulisannya terasa puas bila kita membacanya.Cik Betty pandai dalam menerangkan sesuatu perkara atau isu.

Suka saya di sini berkongsi penghargaan ini kepada 5 rakan blogger yang selalu memberi sokongan pada blog Keli oh Keli. Ramai sebenarnya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan tetapi kali ini saya beri pada rakan-rakan kita yang berikut:

1.KENALI POKOK SAYANGI POKOK
Sebuah blog yang mendambakan cerita tumbuh tumbuhan dengan gaya penyampaian yang bersahaja akan mendekatkan kita mengenali warisan alam tumbuhan yang tiada ternilai.

2.HANIZ AZLA
Kakak Haniz pandai bercerita tentang apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya.Gaya bahasa dan lenggok perkataan yang santai membuat kita terasa dekat dalam memahami persekitaran yang bahagia dan gembira dunianya.

3.MYFRIN'S STORY
Nukilan rasa dan perspektif yang positif pada setiap garapan yang kak Imun letakkan pada blognya acapkali membuat kita terasa keharuman bunga keikhlasan perkongsiannya.

4.BLOG MUAZ
Pada yang berdempak dengan konflik batin yang hebat dan masih tercari jawapan kehidupan, blog saudara Muaz sesuai dijadikan tatapan rutin.Pelbagai ilmu bermanfaat ada di sini.Seorang blogger yang bersederhana penampilannya tetapi hebat kandungan dan nilai yang diberi kepada pembaca.

5.LIVE EACH DAY AS IT COMES
Rakan blogger saya yang amat saya hormati.Saya selalu menanti entry darinya kerana isu dan persoalan yang di bawa berlaku sekeliling kita.Mata fikiran penulisnya tajam.Sangat "cool"gaya penulisannya membuatkan kita terasa dekat dengan penulisnya saudari yott.Terima kasih kerana menyokong saya sejak dari mula lagi.

ULTRAMAN KELI



Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu


Dengar katanya..raksasa dah membunuh ultraman dan mencampaknya ke laut...semakin mengganas raksasa rupanya...kononnya raksasa juga mahu menyelamatkan bumi supaya aman...budak-budak yang tengok cerita ultraman kat tv pun tahu raksasa tipu...") (dah namanya pun raksasa!)

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI